Wednesday, 16 May 2012

PENGENALAN LIGA IPT



Sukan Bola Sepak merupakan antara sukan yang paling popular di negara ini dan seterusnya telah dipilih sebagai Sukan Teras Negara (STN) oleh Majlis Sukan Negara. Bagi menyahut seruan kerajaan untuk membangunkan sukan ini, pihak Kementerian Pengajian Tinggi sekali lagi akan menganjurkan Liga Bola Sepak IPT 2012 bagi merebut Piala Menteri Pengajian Tinggi pada tahun ini.Kejohanan ini akan melibatkan pelajar dari 4,000 pelajar dari semua entiti dibawah Kementerian Pengajian Tinggi iaitu dari IPTA, IPTS, Kolej Komuniti dan Politeknik dari seluruh negara.

Kejohanan ini dikelolakan sepenuhnya oleh Bahagian Sukan , Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Majlis Sukan IPTS (MASISWA), Majlis Sukan Politeknik(MSP) dan Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM).
Format baru bagi Liga IPT 2012 akan diperkenalkan di mana 2 divisyen akan bermain dari bulan Feb hingga Mei 2012. 16 pasukan terbaik dari keputusan tahun lepas akan bermain dalam Divisyen 1 dan 2 manakala pasukan-pasukan IPT lain akan bermain mengikut Zon masing-masing.
Bersama kita menjayakan Liga Bola Sepak IPT 2011!

No comments:

Post a Comment