Wednesday, 16 May 2012

UMS Tewas Di Tangan PKB




Kota Kinabalu- Selaku tuan rumah, pasukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) tewas di tangan Politeknik Kota Bharu (PKB) 0-2 dalam perlawanan Liga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berlangsung di Stadium Universiti Malaysia Sabah.
Penguasaan permainan kedua-dua pasukan dilihat seimbang sejak wisel pertama dibunyikan. Bagaimanapun, UMS banyak mempamerkan aksi kemas dengan mengatur rentak dari bawah dan kerap memiliki peluang keemasan, namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila sering kali dipatahkan barisan pertahanan PKB.
Peluang yang jarang-jarang dimiliki PKB dilihat menjadi dan disudahkan dengan baik. Gol pembukaan PKB dihasilkan pada  minit ke-27 menerusi Mohd Fikri Jailani yang merembat deras ketika keadaan kelam kabut berlaku di depan pintu gol UMS.
Permainan cantik yang dipamerkan UMS belum cukup untuk menampakkan hasil sehinggalah separuh masa pertama tamat.
Setelah babak kedua bermula, UMS tidak membuang masa dengan melancarkan serangan bertali arus. Dalam keghairahan memburu gol penyamaan, pemain tengah Mohd Qusaini  seolah-olah menghancurkan harapan UMS apabila menjaringkan gol kedua PKB, diminit ke-74.
Dengan kedudukan berkesudahan 0-2, ia tiada alasan kepada PKB untuk berasa selesa apabila UMS pastinya bangkit dalam aksi kedua yang bakal berlangsung di Padang Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan  pada 12 Mei nanti.

No comments:

Post a Comment